SIFIR PERCUMA

Jangan malu dan segan, cikgu Rozali boleh dibuat kawan. Mai baca sifir kat dia tetapi kenalah beratur barulah tak bersesak-sesak. Yang penting...sabar...

Adik sebelah kiri yang bertudung merah jambu tu memang hebat.. menyanyi sifir dengan penuh perasaan. Bakal artislah katakan... Merdu sungguh suara dia sampai terlentok kepala abang kat depan tu...

Adik ni dah lenguh mulut agaknya, pulon punya pulon sehingga mulut dah tak dapat nak tutup. Mata pulak dan terbeliak. Kasihan dia .....Tak apa balik nanti taruh minyak kat rahang tu.. insyaallah... boleh guna balik mulut tu...

Pakaian tidak menjadi masalah. Pakai baju tidur pun boleh. Yang penting anda dapat menghafal sifir dengan baik. Jangan pakai kain sudahlah... nanti kawan-kawan cabut lari.

Menyanyi sambil menghafal sifir. Kaedah yang berkesan dan menarik minat pelajar. Tidak perlu marah-marah atau paksaan. Tambahan pula guru pandai berceloteh dan berjenaka membuatkan pelajar ketawa tidak 'kering gusi'. Malahan ada yang ketawa sehingga 'pecah perut'.

Cikgu Rozali sedang menyanyikan lagu sifir sambil mengetuk bongo secara 'live'. Terlopong mulut pelajar mendengar kemerduan suara cikgu Rozali. Sebenarnya kemerduan suara cikgu Rozali ini memang hebat sehinggakan cicak di siling pun boleh terjatuh. Harap-harap tidak ada hujan lebat atau ribut petir.

Semua pelajar sedang menyanyikan lagu sifir. Tahukah anda hanya dalam tempoh masa 30 minit, pelajar sudah boleh menghafal sifir 8, walaupun pelajar itu seorang pelajar yang lemah dalam pelajaran. Asalkan pelajar itu ada telinga, mulut dan akal sudah pasti dia akan dapat menghafal sifir.   

Boboboi memberi renungan manja untuk tatapan anda semua. Beliau antara pelajar yang berjaya menghafal sifir 8 dalam tempoh masa tidak sampai 15 minit.
Wajah-wajah ceria kerana sudah berjaya menjadi 'Kapten Sifir' atau 'Marshal Sifir'. Lihatlah apa yang tergantung kat leher tu.. Cepat pulon! Siapa cekap dia dapat..
Masing-masing cuba menghafal sifir bersama rakan. Jangan kalut-kalut, hafal dengan tenang.. sekejap sahaja dah boleh. Yakin boleh, pasti boleh..
Semua cuba mendapatkan pengesahan daripada cikgu Rozali. Kena baca sifir secara nyanyian depan cikgu Rozali. Abang yang sebelah kanan tu sebenarnya jurugambar.
Kalau dah ditanda tangan pada kad sifir bermakna dah bolehlah tu.. Dalam kotak tu ada kad 'Kapten Sifir' dan 'Marshal Sifir'. Cikgu Rozali akan tentukan dapat yang mana satu.
Aktiviti bebas memang 'best'. Dapat jalan-jalan cari kawan yang belum boleh hafal sifir 7, kita bantu dia sehingga berjaya. Kalau dah berjaya boleh tersengeh ... he..he..he
Bukan bersembang kosong tu, sebenarnya mereka sedang membantu rakan yang belum boleh sifir. Walaupun ramai semuanya berjalan lancar. Mai ramai-ramai, apa nak risau..bukannya kena bayar.. PERCUMAAAAAAA ..

Pelajar yang ramai tidak menjadi masalah dalam kaedah menghafal sifir ini. Yang penting pelajar seronok dan berjaya. Tahukah anda, sifir dapat membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan Matematik kerana hampir 80% soalan Matematik melibatkan sifir. Tanpa sifir, pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan pantas dalam masa yang terhad.








SAKSIKAN LAGI GAMBAR-GAMBAR YANG MENARIK ESOK